Apa yang berlaku.

APA YANG BERLAKU PADA HARI KHAMIS?

Daripada Abu Hurairah radiallahu ‘anhu, Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

“Pintu-pintu Syurga akan dibuka pada hari Isnin dan Khamis.

Lalu diampuni setiap hamba yang tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu pun, kecuali seseorang yang terdapat permusuhan antaranya dan saudaranya.

Sehinggalah dikatakan: Tangguhkanlah untuk dua orang ini hingga mereka berdamai. Tangguhkanlah untuk dua orang ini hingga mereka berdamai. Tangguhkanlah untuk dua orang ini hingga mereka berdamai.”
[Sahih Muslim, Kitab al-Birr wa al-Silah wa al-Adab, no: 2565]

Adakah kita akan termasuk yang diampuni hari ini, atau yang akan ditangguhkan pengampunan?

Semoga bermanfaat bagi yang inginkan nasihat!

Kredit: Ustaz Ahmad Hasyimi
Sumber:
https://www.facebook.com/975084812547135/posts/2036606349728304/

:: Nadwah Ilmu – NADI ::

Advertisements